Monday, December 24, 2012

embossed Towel


Tinggal beberapa hari lagi 2012 akan melabuhkan tirainya.. Tahun baru 2013 akan menjelma.. cam mana projek sepanjang tahun 2012 memberangsangkan.. aku alhamdullilah ada peningkatan cuma kesibukan kerja membataskan kerja aku menyiapkan kerjatangan aku..
Tak tahu cam mane nak adjust gambar towel nie dah puas adjust nak jadi melintang tapi bila dowload jadi menegak lah pulak.. OK la asal leh baca tulisan nya :)
Sulaman embossed towel untuk kakak aku dan yang dibawah nie untuk adik lelaki aku.

Akhir sekali "Selamat menyambut tahun 2013"

Sunday, December 23, 2012

Pad Holder

Inilah Kumpulan TARA K-Pop perempuan yang popular dari korea. Baru-baru nie ada buat persembahan di KL.Apa pulak kaitan K-Pop nie ngan tajuk aku....
Officemate aku peminat setiap kumpulan nie masa aku  promote akunya Pad Holder .. dia ade minta aku buatkan 3 pad holder nie.. aku ingat nak buat ape ..rupanya nak kasi kat 3 orang kumpulan TARA nie.. Jiyeon, Eujung dan Onjey.. Coz pada konsert nnt dia salah seorang peminat yang akan dapat jumpa terus ngan kumpulan TARA nie. Nak tahu harga tiketnya RM650..
Walaupun aku juga peminat tegar korean drama ..tapi aku kurang mengikuti muzik popnya .
azahsulamncraft
Inilah Pad Holder  yang aku buatkan untuk mereka applique menggunakan kain felt dan sulam nama nya.Bahan dari kain coudroy. Applique nie adalah daily download dari adorableapplique. Agak-agak suka tak mereka ngan hadiah yang simple nie
Eujung
Jiyeon
 Gambar penyanyi pop yang dimaksudkan .. gambar nie aku search kat internet.. cutekan mereka...


Sunday, October 14, 2012

Recycled Denim Coaster



 Nie projek masa bulan puasa .. malas aku nak menjahit..disebabkan masih banyak lagi lebihan kain jeans aku cari kalu ade2 projek yang aku boleh buat daripada membuang jeans begitu saja.
Nah nie yang sangat mudah untuk aku buat.. walaupun x cantik macam  cindy  boleh cuba kat blog dia recycled-denim-coaster. OK .. kalau ade seluar jeans yang kocak2 tue potong kaki dia dan cuba buat coaster nie ... Aku jadikan dia sebagai hadiah untuk kawan aku yang baru mendirikan rumah tangga..kasi mak.. dan selebihnya untuk aku..

Schlep Bag

 Lama tul aku x update blog nie... dah nak bersarang labah2 dah.. hari nie aku bersihkan sikit ngan satu projek yang dulu aku pernah buat beg nie .. dulu kecil tapi kali nie tul2 terbesar .. nampak gayanya aku kena jadikan tempat aku letakkan majalah2 aku .. la
Kalau kawan nak cuba leh cuba kat link nieschlep bag .. ubah sikit saiz dia ke 4.5 in setiap petak.. nampak cantik sikit.

Sunday, August 12, 2012

Charm Square Jewel Bag


Salam sejahtera dan selamat berpuasa untuk semua.. Hai dah fikir persiapan hari raya dan berkira2 berapa hari nak cuti sempena menyambut hariraya nanti. Dah x sabar nak balik kampung.
Beg nie sebenarnya projek "Sew Along" ngan mila tapi aku x dapat nak ikut hanya sempat download dia punya pattern aje.
Saiz dia pun agak besar.. masih mengekalkan "recycle jean". dah jadi empunya adik saya. Mungkin lain kali boleh kecilkan sedikit jadi 2" seblm nie saiz dia 2.5".
Akhir sekali di kesempatan nie aku ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Bathin. Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya.

 

Sunday, July 1, 2012

Hello Kitty Laptop bag

Salam sejahtera lama betul aku x update blog nie.. Mungkin sibuk ngan audit ISO kat tempat kerja aku mula2 TS lepas tue OHSAS dan tak lama lagi 14001. Nie bag yang aku buat bulan April lalu untuk bawak laptop aku kemana2. Coz kalu nak ikut bag asal besar sangat.

Bag nie keseluruhannya aku sulam "Free motion Quilt" hehe2 coz saiz dia aku lebihkan 1 in.. aje bagnya agak ngam2 . Lain kali kalau nak buat bag ade FMQ mesti lebih sikit mungkin 3 in kot. Baru ada kelonggaran sikit.
Inilah laptop kesayangan aku yang aku beli masa "PC Fair " kat Persada Johor.

Dan kain "Hello Kitty" nie aku dapat hadiah masa "Pertandingan Hello Kitty Back to School" Japanesse Cotton. Dah setahun terperap dalam almari kainku. Kain nie masih ade lebih lagi nak buat apa ek?.



Sunday, June 3, 2012

Coin Frame Purse

Diam tak diam dah bulan june.. dah 6 bulan berlalu tahun 2012.. Macam mane project craft kawan-kawan semua.. Aku banyak idea.. tapi hehehe biasa la semua masih tertangguh..
Comel tak coin purse tue.. semua nie aku try ikut buku craft yang aku beli tue. Masih belum berpunya.. So sesiapa yang berminat ngan coin purse yang comel nie boleh email aku harganya. Boleh juga buat hadiah kawan2 tersayang. Saiz frame adelah 8.5cm.
K jumpa lagi terima kasih kerna terus mengikuti blog aku.


Monday, May 21, 2012

Oven Mitten

Salam sejahtera dan selamat hari ibu untuk rakan2 crafter..eemmm lambatnya ucapan nie..biasala sejak semenjak nie P1 aku asyik buat hal aje.. Nie oven mitten permintaan dari rakan office myra.Untuk tambah ceria aku sulam applique cup cake.
 Yang nie pulak adik yang minta. aku buat FMQ dan sulam sikit
Dan aku juga buat pengalas loyang untuk adik ..Semuga bisness bakery dia suksess hendaknya.

Sunday, April 29, 2012

Strawberry Lunch Bag

Hari nie sambil tengok mentor 6 aku update la projek yang yang aku dah siapkan. Nie satu lagi tempahan dari yatie lunch bag.Aku pun tak pernah buat lunch bag nie.Sambil blog walking aku dah jumpa satu tutorial yang sangat menarik. Aku cuba tutorial dari ayumills.blogspot.com
Thanks ayumi tutorial yang sangat mudah dan hasil yang amat memuaskan. Aku juga siapkan dua biji strawberry sebagai penghias.
Bahagian dalam aku buatkan kocek untuk meletakkan sudu dan garpu.Semuga yatie rajin2la memasak untuk bawa bekal menggunakan beg yang comel nie. ^-^.

Tote Bag Jeans


Alhamdullilah rezeki tempahan craft dari kawan-kawan sekerja. Inilah permintaan kawan baikku diana yang siap melakar design tote pilihannya seperti dibawah. Aku cuba memenuhi permintaan diana.. walaupun ambil masa sebulan aku nak siapkan ..coz masalah kesihatanku.

 Inilah gambaran tote bag lakaran diana. Kali nie aku gunakan kain jean beli dikedai jahitan berhampiran taman aku. Harga rm18.00 semeter. Aku juga membuat patern quilt yang berbentuk petak2. Masih ingat butang2 yang kak nor kasi tempohari dulu.. aku gunakan untuk menaik seri tote bag nie dengan tiga kuntum bunga.hehe mcm x sama aje ana....


Bahagian dalam beg ada kocek berzip dan kocek biasa. Diana juga meminta zip dibahagian atasnya. Bag dah siap malangnya bag nie x dapat kat diana kerana dah direbut oleh yatie.. Sebagai ganti aku dah buatkan diana bag ganti seperti post aku yang sebelumnya.



Thursday, April 12, 2012

The Cups and Saucers Quilt Tote Bag

Salam sejahtera semua..nampak cam pelikkan nama tote beg nie. Sebenarnya nama tue saya ambil dari nama pattern patchwork untuk saya buat tote bag nie. Disebabkan kain jeans nie saiz dia kecil2 jadi saya terpaksa mempelbagaikan patternnya.Tempahan dari rakan sekerja yang amat meminati denim bag. Thanks diana sanggup menunggu lama untuk mendapatkan bag nie.
 Kerana sanggup menunggu dibahagian dalamnya aku buatkan kocek yang ade butang dan zip sebelahnya.Diana juga meminta zip dibahgian atasnya. Nie yang agak susah aku nak buat. Aku buat jugak tapi x penuh.
Inilah pattern yang dimaksudkan sebelum aku transform dia jadi tote bag. Bag nie juga aku quilt dan ade batting biar nampak tegap sikit. Saiz dia 12X12 x3.5in.OK diana harap suka ngan beg nie...  leh la tempah lagi ya.. Sebenarnya ade citer aku nak beritahu pasal bag nie.. Nnt aku tunjukkan bag yang lagi satu.

Saturday, April 7, 2012

Free Standing Lace Butterfly Tissue Box Cover

Permintaan dari seorang bakal adik ipar meminta buatkan tissue box cover untuk harijadi bakal kakak ipar. Hadiah yang simple aje. Minat kakak ipar pada rama2.. pening gak nak cari design rama2 nie. Aku cuba sulam FSL rama2 nie menggunakan water solube topping. Lepas sulam rendam dalam air sejuk dan keringkan.Nah meriah rama2 berterbangan diatas tissue cover nie.
Dan bahagian tepinya masih lagi menggunakan image rama2. Yang nie sulam aje.
Heheheh.. nama bakal kakak ipar Azati .Aku sulamkan menggunakan font yang ada rama2. Harap azati suka ye..

Saturday, March 24, 2012

Meow Key Holder

Assalammualaikum .. lama dah aku  tak update blog nie.. Sejak kebelakangan nie kesihatan aku kurang mengizinkan. Dah 2 sabtu aku gie jogging.. tadi kat taman ada auntie baik hati ..ajar kami simple tai chi..seronok gak bergerak urat dalam badan. InsyaAllah minggu depan auntie janji kami boleh join dia tai chi.. dah lama sangat tak gie senam.. Semuga aku diberi kesihatan yang baik untuk meneruskan aku menyiapkan kerja2 yang tertangguh.
Hehehe kita sambung pasal craft.. nie projek blh 12 tahun lalu  baru nak update.
2 ekor meow yang manja dan garang tempahan ogy dan ana azura .Semuga meow nie terus garang  dan dan manja untuk tuannya.

Thursday, February 16, 2012

Cosmetic Pouch With Piping lining

Cosmetic Pouch with Piping nie aku cuba dari tutorial sewlover.com walaupun dalam bahasa cina aku gagahkan jua untuk mencubanya. Masih menggunakan recycle jeans dimana kali nie aku gunakan dibahagian kaki seluar jeans. Nampak x garisan lipatan seluar jeans tue.. nampak pelik sikit kan.
Kali nie tul2 menguji kesabaran aku kerana batting (lebih buat cadar)yang aku guna agak tebal sikit.Kerasnya susah aku nak quilting ngan jarum sekali patah.Tengok bahagian tepi yang dah x sama saiz. satu tul2 bulat satu lagi kat bawah tue dah jadi lonjong.
Dah tak seimbang kiri dan kanannya. Kenapa jadi tue coz aku tak ikut arahan seperti gambar yang diberikan.Untuk tali pemegang aku guna D ring dan mencuba rivet button yang baru aku beli.
Yang nie dibahagian dalam dek kekerasan batting nie dan jeans.. mesin portable aku dah x larat nak jahit.. dah tak gerak.. Last sekali jahit tangan la nak pasang binding sekeliling bag. Tangan pun dah berapa kali tercucuk jarum nak pakai sarung jari x pandai... Tapi hasilnya bag nie mmg cantik.. Kalau kawan2 nak cuba guna batting biar yang nipis sikit.Jangan tiru cam saya.. hehehe..

Saturday, February 11, 2012

Pelbagai Wallet dan Purse

Dec 2011 aku gie lagi Pesta Buku Popular kat Danga City Mall. Masa tue gie dah kul 8 malam ..orang memang ramai.. Dalam kesuntukkan masa aku gie cari buku craft la.. Dalam belek2 tue aku berkenan ngan buku nie ..Tak ada tajuk dalam English aku agak aje .. Pelbagai Wallet and Purse.
Harga RM 37.00 selepas diskaun. Harga asal RM57.10. Belek2 kat blog craftbuddy heheheh harganya lagi murah.
Tengok gambar Purse dan Walletnya geram .. Cantik2 belaka.. Dalam hati tul ke aku boleh buat nie.
Cuti Tahun Baru Cina aku try satu purse .. Peh seharian membelek dia nya instruction.. Jahit tetas.. jahit tetas tak menjadi. Hanya berpandukan gambar aje.
Tengok tue magnetic button pun jarak dia kedalam. Tak pea pratice make perferct (tiru dialog vanilla coklat). So nie aku punya purse la.

Apa yang menyebabkan aku asyik menetas coz nak sambungkan kocek duit siling tue dibahagian tengah.. Satu lagi piping dia agak besar so bahagian tempat letak kad tue agak kecik sikit. X pea yang kedua nnt aku dah tahu cam mane nak adjust. Apa pun aku berpuas hati seharian menyiapkan purse nie.

Wednesday, February 1, 2012

Tote Bag Jeans

 Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Hampir sebulan aku mendiamkan diri tanpa berita... gara2 nak cantikkan blog tapi  hilang semua sidebar tue.... Malam nie aku godek2 lagi.. Alhamdullilah dah dapat semula. Bulan Dec adik aku minta buatkan tote bag untuk simpan nota2 dan buku2 untuk dibawa kesekolah. Jadi aku reka tote bag dari jeans yang agak besar supaya muat nak masukkan semua.Macam biasa masih mengekalkan mengunakan lebihan jeans, bating. Tali bag aku beli secara online ngan craftybuddy
Bahagian dalam aku buatkan satu lagi tempat simpanan laptop dia.. Yang nie aku try2 aje jahit kocek yang besar.. masih ade error lagi.
Nie kocek blh simpan charger dan tali getah sebelahnya untuk letakkan bekas air yang kecil.

Inilah cebisan jeans yang aku maksudkan... aku gunakan saiz 2.5inX2.5in.
Saiz bag sebenar 14X14X4in.. Besarkan..