Sunday, December 25, 2011

Handmade Patched Bags Book

 Aku memang tertarik ngan handmade dari rakan-rakan crafter terutama dari taiwan. So bln lepas aku gie la kedai buku popular di Jusco tebrau. Gie belek2 buku craft tengok yang senang  buat dulu. Yea.. nie dia buku yang simple berharga RM40.00.
Nie dia hasil kerjatanganku dari buku yang aku beli tue..Walaupun x kemas lagi aku berpuashati. Pemegang Kunci untuk diri sendiri.

Yang nie sebenarnya coin purse ,coz saiz dia kecil sangat aku ubah jadi pemegang kunci gak.. Manalah birdie nie nak terbang.Masih lagi menggunakan 'recycle jean'aku untuk buat pecubaan.

Nie la langkah2 yang ade dalam buku tue simple dan mudah mengikutinya..walaupun aku x faham ape yang tertulis dibuku tue.Hehehe tengok gambar aje la..



Sunday, December 18, 2011

Double Zip Pouch

Masih ingat tentang butang-butang nie... Nie la butang pemberian kak Nor. Masih banyak lagi belum digunakan.
Sebagai tanda terima kasih kepada kak Nor aku hadiahkan kak Nor Double Zip pouch. Aku try and error aje pouch nie. Menjadi pulak. Harap Kak Nor happy ngan hadiah aku nie. Mana la tahu dapat butang2 yang lain pulak.. hehehhe.

Saturday, November 26, 2011

Baby Diaper Bag


Satu lagi baby diaper bag aku hadiahkan untuk adik bagi menyambut kelahiran anaknya yang ke3 .. Saidatus Sofea.

Sekuntum bunga aku letakkan dibahagian tengah beg bagi nampak serinya. Butang nie pemberian dari Kak Nor yang baik hati.

Tengok tue macam-macam saiz dan bentuk butang-butang dari pemberian Kak Nor.. Nanti projek yang akan datang aku akan pelbagaikan butang nie.. Terima kasih Kak Nor. Sebenarnya aku dah siapkan satu hadiah untuk Kak Nor.. nanti aku uploadkan gambarnya.

Nie ada x kawan-kawan yang boleh tolong aku kenapa blog aku nie x boleh nak tengok semua yang aku letakkan dibahagian tepi. Cam kosong aje blog aku nie.. Puas aku cuba-cuba tapi x menjadi.
Nie tengah sedih napelah blog aku jadi cam nie..

Saturday, November 12, 2011

Drawing Book Bag

Sempena hari kanak-kanak sedunia, aku telah menghadiahkan dua beg untuk dua orang anak saudaraku yang sangat gemar melukis. Pantang ada buku yang kosong asyik dia conteng dan buat lukisan. Kanak-kanak biasala dia akan menunjukkkan minat semasa kecil.Dengan menggunakan konsep cara membuat beg sejadah aku applikasikan jadi beg drawing buat mereka.
 Yea satu untuk Mohamad Dinizad dan satu untuk Nur Amirah Husna. Sorang suka barang kecantikan wanita dan sorang suka haiwan. Aku buat applique untuk kedua2 beg nie.
Dalamnya ada kocek besar tempat menyimpan buku drawing dan sebelahnya tempat menyimpan pencil colour dan alat tulis yang lain.
Lepas nie boleh la mereka melukis pada buku drawing yang aku telah sediakan sekali dalam beg nie... selamat melukis ya mira dan dinie.. nnt kasi mak teh tengok.. ^-^.

Sunday, October 30, 2011

Scrapper Pot Holder

Tengok 2 ekor ayam betina nie.. Hehe kejap lagi bertenggek didapur ku. Yea srapper pot holder nie aku buat bagi menggantikan pot holder aku yang dah buruk..segan nak tunjukkan....
 Pattern nie aku pernah buat untuk mak aku punya pot holder.Boleh tengok pada tajuk pot holder aku yang lepas. Tambahkan dengan bunga Yoyo untuk meletakkan penyakutnya.
 Lebihan kain jeans yang aku gunakan untuk membuat pot holder. Tinggal saiz dalam 2~3 in. Aku sayang nak buang gitu saja coz jeans nie dari kualiti yang bagus dan baru, so aku terus mempelbagaikan kegunaannya.


Lebihan 'bating'. Aku jahit zig-zag untuk mencantumkan jadi sekeping untuk saiz pot holder nie. Bating nie mahal semeter rm27.. heheheh mesti pandai gunakan supaya tidak membazir.
Bahagian belakang pot holder.. So kalau ade kesempatan boleh la cuba pattern nie <_>

Saturday, October 22, 2011

Tissue Box Cover

 Pertama kali aku dapat tempahan dari office mate lelaki. Susah gak ape aku nak sulam kat kotak tissue nie. Coz masih lagi bulan hallowen aku letak gambar seperti diatas..takut x..
 Bahagian atas aku buat applique. Sebenarnya nie applique frame aku kecilkan sikit saiz dia jadilah tempat tisu keluar..
Dan sebelah lagi dia suruh sulam "Anak Ugik", aku sendiri pun tak tahu ape maknanya. Hehehe dia kata nape ada katak.. sajer kan nampak comel.. Frogfont nie aku dowload dari cute alphabbet.Recycle jeans nie memang banyak boleh kita pelbagaikan untuk buat craft.

Patchwork Sling Bag

 Masih menggunakan konsep yang sama masa aku buat flying wheel tote bag..ingat lagikan..kali nie aku hanya ubah pattern aje. Permintaan dari adik ipar nak buat bag selipang...Aku masih menggunakan recycle jean.
Bahagian belakang bag. Cuba letak piping keliling bag dan bathing. Keras juga nak quilting coz kain jeans agak tebal. Lambat aje mesin aku nak gerak.. so sape nak quilting kalu menggunakan bathing berhati2 mau jarum patah.
Tali bag juga boleh diubah suai dan berzip.Bag nie nampak solid coz ada bathing dan piping sekelilingnya. Bag yang tahan lasak ^-^..

Sunday, October 16, 2011

Bag Sejadah 2 in1

Tempahan dari kawan adik beg sejadah 2 in 1. Satu nak warna pink.Warna biru tue aku matchkan dengan kain biru yang masih ada dalam simpanan aku.
 Sejadah cotton nie pun susah nak cari dan pilihan warna hanya empat colour saja yang aku jumpa, merah, kuning, biru dan hijau. Puas aku melilau kat bazar bus stand Larkin cari sejadah cotton nie. Coz sejadah yang lain tue tebal dan susah nak jahit.
Kalau dah bentangkan jadilah sejadah dan beg nie boleh dibawa kemana-mana dengan telekung sekali.

Saturday, October 1, 2011

Flying Geese Bag Pack

Satu lagi pattern patchwork iaitu "Flying geese"aku try untuk membuat beg pack. Saiznya agak kecil 12"X14". Muat untuk masukkan baju sepasang. Masih lagi menggunakan recycle jean. Kali nie combine warna coklat dan hitam.
Hehehe...beg nie untuk aku bawa semasa gie team building pada 9 Sept 2011 kat Pulai Desaru. Masih mood raya lagi .. ramai yang menolak coz nak gie rumah terbuka. Aku .. memang suka gie aktiviti yang bergini. Aku juga dilantik sebagai ketua team.Team kami ialah "One Team". 

Persembahan dari group kami .. hehehe tarian lagu dari"Lady Gaga". Aku yang tak pandai menari nie hentam saja la.Siap pakai rambut palsu dari tali rapia.(tali plastik).

Sessi perbincangan untuk membuat aktiviti "outdoor".. Ada gaya cam explore Race. Masa tue hujan kat luar.. basah kuyup gak kami.
Gambar beramai2 sebelum aktiviti dijalankan. Tengok semua "banner" dibuat dari bahan2 recycle. Banner yang besar tue dari kertas surat khabar aje. Walaupun group kami tak menang kalah 2 game.. tapi kami enjoy..

Sunday, September 18, 2011

Pencil Case

Skirt yang dah koyak, Kawan adik minta aku buatkan pencil case dari recycle skirt nie. Hem..camana ek..Gambar mashimaro nie lak tul2 duduk tepi jahitan. Kena adjust la nampaknya supaya boleh nampak pada pencil case nanti.
Inilah hasilnya yang dapat aku usahakan untuk mendapatkan mashimaro nie nampak pada pencil case nie. Aku tambahkan kocek yang ade pada skirt tersebut.Ini adalah percubaan pertamaku membuat pencil case .
Dan lebihan kain skirt yang ada lagi satu poket aku buatkan cosmetic pouch. Harap tuan punya diri berpuas hati.

Tissue Pouch

Hadiah buat sahabat baikku yang melangsungkan perkahwinan pada 5 sept 2011. Tisu pouch untuk cerdahati sahabat yang datang pada hari perkahwinannya.
Gambar agak kabur, puas setting still cam tue gak. Aku sulam kan nama nya dan pasangann.

Selamat pengantin baru buat sahabat yang tersayang Roslina bt Mohd  Nor dan pasangannya Zaihan.
Cadar pengantin tue adalah hasil kerja tanganku yang ditempah oleh sahabatku setahun yang lalu. Semuga kekal dan bahagia hingga keakhir hayat. Amin


Saturday, August 27, 2011

Selamat Hariraya Aidil Fitri

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan "Selamat Hariraya AidilFitri untuk rakan2 crafter muslimin dan muslimat amnya.

Patchwork Schlep Bag

Kali nie aku try tutorial dari http://www.sentimentalstiches.com./ Beg yang sangat mudah dengan menggunakan teknik 'shortcut' patcwork. Saiznya aku kecilkan sedikit iaitu 6" untuk setiap petak.Masih menggunakan 'recycle jean'. Tengok nielah beg gie keje aku .. dah kocak dah.. So beg schlep la.. penggantinya. Semalam waktu balik kerja ada dua orang officemate puji bag nie .. Cantik .. termasukla engineer aku.. Heehehe senyum ajela kena puji.
Aku cuba ubah suai sikit tengok gambar atas dan bawah tak sama kan..



Aku tambah snap button ditepi bag. Jadi bila butang diketip jadi la seperti bag diatas. Nie kalu dalam bag aku x banyak barang nak disumbat.


Tengok apa barang yang mesti aku bawa dalam beg gie keje aku. Tentulah purse, Handphone, compact powder, lipstick, pantiliner(incase masa shopping ke 'terpriod') kunci rumah ,tissue dan payung.
Ngam2 penuh bag nie. So rakan crafter boleh cuba tutorial nie. ^-^.

Wednesday, August 17, 2011

Tissue Box Cover


Nie semua projek aku bulan lepas sebelum puasa.. Tissue box cover dihias dengan sulaman nama dan nama tuan punya diri dan tunangnya. Sebelah pulak aku letakkan plak kereta dia. Nie kalau hilang senang nak cari hehehehe. Alpabet nie boleh daily dowload kat cutealphabet embroidery.com. Setiap bulan akan tukar alphabet yang baru.



Mungkin lepas nie aku nak try design yang baru. Asyik sama aje..



Baby Diaper Bag

Assalamualaikum semua...wah dah lama aku x update blog nie.. hari tue try2 nak hias blog x jadi lagi.. ade yang dah hilang pulak.. Masih lagi ade kesempatan untuk aku mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa yang semakin penghujungnya.Semuga kita mendapat ganjaran pahala dariNya. InsyAllah. Nie beg baby diaper hadiah untuk puan zaini. Yang hari tue aku try buat sample dahulu. Kali nie aku try buat zip penuh. Tapi masih lum kemas lagi. Harap2 lepas raya nie mood menjahit ok... leh buat projek2 yang dah tergendala dan tersadai diatas meja jahit aku tue.


Bahagian dalam beg. Permintaan tuan punya diri semua blue black .