Sunday, March 24, 2013

Cushion Cover

AZAHSULAMNCRAFT
 Wau... dah macam kuih pau.. pulak "Cushion Cover" nie.. Tempahan dari kakak aku.. nak aku buatkan nama pada tiga "Cushion Cover"nya..


AZAHSULAMNCRAFT
Applique Huruf aku sulam "zig-zag" dan 2 kuntum bunga yang comel aku sulam applique menggunakan mesin sulam.

AZAHSULAMNCRAFT
 Aku masih lagi mempratikkan penggunaan "piping foot 1/8" untuk memasang "piping" sekeliling "cushion cover nie"..
 Inilah "piping foot" yang boleh dipasang terus pada mesin My Lock 744D. sambil buat "piping" dan jahit tepi sekali. 

AZAHSULAMNCRAFT
Dengan adanya tapak tambahan akan memudahkan  dan mempercepat kerja menjahit.Jadi dalam masa 4 jam sahaja aku menyiapkan tempahan kakak aku. :)...

Sunday, March 17, 2013

Flat Lock Technique

AZAHSULAMNCRAFT
Hampir 2 tahun mesin jahit tepi "My Lock 744D" aku beli dan sekadar hanya digunakan untuk menjahit tepi kain aje.. 2 minggu lepas aku menghadiri kelas latihan cara-cara mengendalikan mesin nie.. dan kegunaan tapak tambahan seperti "tapak binding",tapak jahit manik dan lain-lain lagi.
AZAHSULAMNCRAFT
Aku juga belajar beberapa teknik menjahit menggunakan mesin jahit tepi yang pelbagai guna nie..seperti Jahit menggunakan 4 benang 2 jarum, Jahit Kedut, Jahit Roll Hem, Flat Lock. Contoh seperti "Cosmetic Pouch" gambar diatas.
AZAHSULAMNCRAFT
Flat Lock adalah satu teknik mencantumkan kain dengan mengubah "tension" benang  dan menggunakan jarum kiri.. dulu x tahu apa guna jarum kiri dan kanan. Selepas jahit perlu tarik untuk menetapkan dua cantuman tersebut. Tengok bahagian dalam juga tercantum dengan kemas dan tiada lebihan cantuman.
AZAHSULAMNCRAFT
Keseluruhan bag nie aku gunakan teknik Flat lock.. kecuali untuk mencantumkan zip dan binding sekeliling zip baru jahit menggunakan mesin jahit. Yup dapat disiapkan dalam masa yang singkat... lepas nie lebihan kain perca tak akan terbuang teknik nie boleh menghasilkan satu corak patchwork yang menarik.

Sunday, March 10, 2013

Luggage Bag

AZAHSULAMNCRAFT
Hampir 2 minggu aku meyiapkan bag besar nie.. Saiz 15.5x15.5x4in. Masa yang agak panjang jugak.. Bag nie aku letak batting nipis dan buat "FMQ".tue yang ambil masa yang agak lama.
AZAHSULAMNCRAFT
Bahagian belakang bag mengunakan pattern yang sama seperti bahagian depan.
AZAHSULAMNCRAFT
Bahagian dalam bag ada kocek zip dan 2 kocek terbuka dimana kain dalam juga aku letakkan kaim gam supaya bag nampak lagi tegap.
AZAHSULAMNCRAFT
Zip YKK jean aku gunakan untuk permukaan bag.. Bag nie aku saja buat kalau ada yang berminat boleh email saya. Tali bag dari canvas cotton sangat teguh untuk membawa beban yang berat. Dan aku tambahkan kun sekeliling bag.