Sunday, October 27, 2013

Pad Holder

Salam semua..Semuga rakan-rakan semua dalam kesejahteraan selalu.Projek nie dah buat beberapa kali.. tempat simpan pad supaya tak bersepah dalam beg.
 Boleh diisi 2 keping pad untuk senang dibawa kemana-kemana dan sentiasa didalam beg sebagai langkah keselematan.
Dan nie permintaan dari teman pejabat untuk letakkan nama pada pad holder mereka.

Sunday, September 29, 2013

Tray Cover

AZAHSULAMNCRAFT
Salam sejahtera buat rakan-rakan yang dikasihi.. Projek yang lama dah disiapkan tapi  x sempat nak post.Alas dulang tempahan dari sahabatku Kila. Siapkan dua set.. Bordernya adalah jahitan sulam cross stitch cherry.
AZAHSULAMNCRAFT
 Ada lagi kain lebih aku hadiahkan kila dua 'coaster' cherry yang comel.. 
AZAHSULAMNCRAFT
Dan untuk melengkapkan kelengkapan dapur kila membuat tempahan pot holder dari recycle jeans nie.. tahan panas.Semuanya blue mood. 

Sunday, August 25, 2013

Quilted Pouch

AZAHSULAMNCRAFT

Salam sejahtera untuk semua pengunjung blog saya.. Lama benar blog nie bersarang tanpa sebarang post. Nampaknya tahun nie kerjatangan ku semakin suram.. InsyaAllah saya akan terus menulis diblog nie dan menambahkan daya usaha untuk menghasilkan kerjatangan kraf yang sangat saya minati.

AZAHSULAMNCRAFT
Masih berkesempatan lagi untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Bathin untuk teman2 muslim.. 
OK kali nie saya mencuba satu lagi tutorial dari blog yang sering saya lawati sewlover.com. Patchwork quilted Pouch dengan free Motion quilt.
AZAHSULAMNCRAFT
Teman yang bermurah hati menjadi model produk saya..

Sunday, May 19, 2013

Goodies Perkahwinan Part 2

AZAHSULAMNCRAFT
Salam sejahtera semua.. masih lagi menyiapkan goodies perkahwinan adik. Kali ini mencantumkan zip pada kain luar dan dalam.
AZAHSULAMNCRAFT
 Inilah hasil pencantuman zip untuk applique yang telah aku sulam tempohari. 
AZAHSULAMNCRAFT
 Jumlah keseluruhannya 100 keping baru siap semalam.. mungkinkah ini yang terakhir aku menbuat bentuk bulat nie.. menguji kesabaran betul untuk menjahitnya.
AZAHSULAMNCRAFT
Dan tapak zip ini memang banyak membantu kerana boleh diubah kiri dan kanan. Hanya ubah skru dibelakangnya.
Aku harap boleh menyiapkan semuanya sebelum june ini.. 
Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya.. Selamat menyambut bulan rejab yang penuh berkat nie.. 

Wednesday, May 1, 2013

Goodies Untuk Perkahwinan Part 1

AZAHSULAMNCRAFT
 Asslammualaikum semua.. Selamat Hari Pekerja.. Pagi-pagi lagi aku dah mengadap mesin jahit.. Tengok semua applique yang aku sulam sebagai hadiah untuk perkahwinan adik pada bulan Nov.nanti.Masih lagi menggunakan lebihan jean dan felt. Kasut but nie boleh kasi kat kawan-kawan lelaki adik.
AZAHSULAMNCRAFT
 Mungkin si bee dan owl nie juga boleh kasi kat kawan lelaki,coz yang kahwin nie pun adik lelaki.. susah jugak nak cari pattern applique untuk disulam.
AZAHSULAMNCRAFT
 Hehehe.. nie sibunga dan kupu-kupu boleh lah kasi kat kawan perempuan.. 
AZAHSULAMNCRAFT
 Yang juicy nie nak kasi kat sapa pulak?.. Felt nie dah lama beli kat setahun,, mula-mula nak jahit tangan fikir jumlahnya 100 keping jenuh gak nak jahit tangan.. Akhirnya sulam aje.. nie pun dah amik masa 3 minggu.
AZAHSULAMNCRAFT
 Nasib ada rotary cutter banyak membantu. bahagian dalam semuanya 200 keping sudah siap dipotong.
AZAHSULAMNCRAFT
 Nie pulak bahagian depan applique dan bahagian belakang.. kira berkesan lah jari dok memusing rotary cutter nie.
AZAHSULAMNCRAFT
Cuba teka.. ini apa ada 100 keping.. nie semua jahit tangan.. Ok kita sambung part 2 apakah goodies yang aku nak buat nanti.. 

Saturday, April 27, 2013

Tote Bag

AZAHSULAMNCRAFT 
Salam sejahtera untuk semua. Simple tote permintaan dari ibu tersayang.Sepenuhnya aku buatkan menggunakkan teknik FMQ. Bag kegunaan ibu untuk menghadiri kelas mengaji disurau kampungku.
Bahagian dalam yang luas untuk ibu menyinmpan segala keperluannya seperti telekung,Alquran dan rehal.Terdapat juga zip kocek dan kocek terbuka dibahagian dalam.Bahagian luar aku buatkan kocek dan snap button untuk menyimpan handphone ibu.

Sunday, March 24, 2013

Cushion Cover

AZAHSULAMNCRAFT
 Wau... dah macam kuih pau.. pulak "Cushion Cover" nie.. Tempahan dari kakak aku.. nak aku buatkan nama pada tiga "Cushion Cover"nya..


AZAHSULAMNCRAFT
Applique Huruf aku sulam "zig-zag" dan 2 kuntum bunga yang comel aku sulam applique menggunakan mesin sulam.

AZAHSULAMNCRAFT
 Aku masih lagi mempratikkan penggunaan "piping foot 1/8" untuk memasang "piping" sekeliling "cushion cover nie"..
 Inilah "piping foot" yang boleh dipasang terus pada mesin My Lock 744D. sambil buat "piping" dan jahit tepi sekali. 

AZAHSULAMNCRAFT
Dengan adanya tapak tambahan akan memudahkan  dan mempercepat kerja menjahit.Jadi dalam masa 4 jam sahaja aku menyiapkan tempahan kakak aku. :)...

Sunday, March 17, 2013

Flat Lock Technique

AZAHSULAMNCRAFT
Hampir 2 tahun mesin jahit tepi "My Lock 744D" aku beli dan sekadar hanya digunakan untuk menjahit tepi kain aje.. 2 minggu lepas aku menghadiri kelas latihan cara-cara mengendalikan mesin nie.. dan kegunaan tapak tambahan seperti "tapak binding",tapak jahit manik dan lain-lain lagi.
AZAHSULAMNCRAFT
Aku juga belajar beberapa teknik menjahit menggunakan mesin jahit tepi yang pelbagai guna nie..seperti Jahit menggunakan 4 benang 2 jarum, Jahit Kedut, Jahit Roll Hem, Flat Lock. Contoh seperti "Cosmetic Pouch" gambar diatas.
AZAHSULAMNCRAFT
Flat Lock adalah satu teknik mencantumkan kain dengan mengubah "tension" benang  dan menggunakan jarum kiri.. dulu x tahu apa guna jarum kiri dan kanan. Selepas jahit perlu tarik untuk menetapkan dua cantuman tersebut. Tengok bahagian dalam juga tercantum dengan kemas dan tiada lebihan cantuman.
AZAHSULAMNCRAFT
Keseluruhan bag nie aku gunakan teknik Flat lock.. kecuali untuk mencantumkan zip dan binding sekeliling zip baru jahit menggunakan mesin jahit. Yup dapat disiapkan dalam masa yang singkat... lepas nie lebihan kain perca tak akan terbuang teknik nie boleh menghasilkan satu corak patchwork yang menarik.

Sunday, March 10, 2013

Luggage Bag

AZAHSULAMNCRAFT
Hampir 2 minggu aku meyiapkan bag besar nie.. Saiz 15.5x15.5x4in. Masa yang agak panjang jugak.. Bag nie aku letak batting nipis dan buat "FMQ".tue yang ambil masa yang agak lama.
AZAHSULAMNCRAFT
Bahagian belakang bag mengunakan pattern yang sama seperti bahagian depan.
AZAHSULAMNCRAFT
Bahagian dalam bag ada kocek zip dan 2 kocek terbuka dimana kain dalam juga aku letakkan kaim gam supaya bag nampak lagi tegap.
AZAHSULAMNCRAFT
Zip YKK jean aku gunakan untuk permukaan bag.. Bag nie aku saja buat kalau ada yang berminat boleh email saya. Tali bag dari canvas cotton sangat teguh untuk membawa beban yang berat. Dan aku tambahkan kun sekeliling bag.

Tuesday, February 12, 2013

Baby Diaper Bag

AZAHSULAMNCARAFT

Salam sejahtera semua.. Terima kasih kerana sudi singgah keblog saya. Blog nie ibarat 'diary' bagi saya menyimpan semua kerja-kerja saya. Rujukkan link 'tutorial' dari mereka yang mahir dalam hasil kerjatangan.Saya masih lagi belajar dek kerana itu saya suka menggunakan kain jeans sebagai kerjatangan saya. Kali ini saya cuba membuat 'Baby Diaper Bag' dari kain jean. Saiz 16X13X6in. Besarkan,senang kalau nak bawa peralatan baby yang banyak.
AZAHSULAMNCARAFT
Bahagian tepi saya letakkan tali untuk mengecilkan saiz bag.Kalau membawa barang yang banyak tali ini boleh dilepaskan.
AZAHSULAMNCARAFT
 Nah tengok bahagian dalamnya semua boleh dimasukkan sekali gus..Kocek2 untuk mengasing peralatan baby.
AZAHSULAMNCARAFT
 Biasanya saya akan memotong saiz yang dikehendaki mengikut panjang kain jeans.
AZAHSULAMNCARAFT
Nie lakaran depan bag saya sediakan kerana untuk mendapat tone warna       yang dikehendaki. Lepas tue baru la potong kain tersebut mengikut saiz yang dikehendaki. Cam kat bawah nie. Tapak basi 1/4 juga memainkan peranan untuk mencantumkan kain2 yang telah dipotong.
AZAHSULAMNCARAFT
OK.. Selamat bercuti sempena Tahun Baru Cina.. Heehe cuti nie nak jahit lagi ke.. atau terus bercuti :).

Sunday, January 20, 2013

Water Bottle Carrier

Azahsulamncraft

Hari ini aku menyiapkan 3"water bottle carrier" aku nak hadiahkan kat adik-adik yang baik hati meyimpan lebihan kain2 jeans untuk aku. Kawan baik aku Noor dah berhenti kerja kat shopping center tue.. dah paskan kat orang lain untuk menyimpan kain2 jeans . Bulan lepas  aku dah jumpa mereka tapi tak sempat nak buat apa2 sebagai tanda terima kasih kerana sudi menyimpan kain2 jeans tue.

Azahsulamncraft
Inilah 3 " water bottle carrier " untuk melati, kakak dia dan seorang lagi tue mungkin superior dia kot.. nak cepat hari tue tak sempat nak tanya nama.Lepas nie tak perlu lagi bag plastik lagi ..heheheh.. selamat alam sekitar. Masa aku tengah cari apa nama tajuk nie aku jumpa "tutorial" buat "water bottle carrier nie.. pinkchalkstudio.com.. Mungkin lain kali boleh cuba.