Sunday, June 5, 2011

2 in 1 Beg Sejadah

Lama gak aku x update blog nie... Sejak 2 menjak nie ade aje keje yang kena aku selesaikan so terlepaslah nak update blog nie. Tapi aku cuba curi2 masa kat office baca berita terkini dari blog2 rakanku melalui goggle reader. cuma x leh nak komen aje.Ade blog yang tekena'blog' oleh MIS aku. Frust gak la.. Masa tuk menjahit pun agak terhad. Bila tengok mesin jahit aku tryla buat beg yang berwarna seperti dibawah. Cuba teka hehehhehe....Macam2 colour ade.
Ya tue dia kali nie aku buat beg sejadah 2 dalam satu boleh masukkan telekung sekali dan ada sejadah didalam. Senang nak gie kemana2 bila nak solat bentang aje beg nie. Tempahan dari cikgu mariana. Thanks.Masa beli sejadah tue aku beli lebih , Ade 3 lagi beg yang nak dijual dalam simpanan aku. Kalau ade berminat boleh email ya.. Harga RM60.00 (tak termasuk pos) Dibuat dari kain cotton, sejadah cotton aku letakan kain gam bahagian kain luar dan dalam beg. Mata aku nie mmg minat merah so kombinasi warna mesti ade merah sikit2.

No comments:

Post a Comment