Tuesday, February 12, 2013

Baby Diaper Bag

AZAHSULAMNCARAFT

Salam sejahtera semua.. Terima kasih kerana sudi singgah keblog saya. Blog nie ibarat 'diary' bagi saya menyimpan semua kerja-kerja saya. Rujukkan link 'tutorial' dari mereka yang mahir dalam hasil kerjatangan.Saya masih lagi belajar dek kerana itu saya suka menggunakan kain jeans sebagai kerjatangan saya. Kali ini saya cuba membuat 'Baby Diaper Bag' dari kain jean. Saiz 16X13X6in. Besarkan,senang kalau nak bawa peralatan baby yang banyak.
AZAHSULAMNCARAFT
Bahagian tepi saya letakkan tali untuk mengecilkan saiz bag.Kalau membawa barang yang banyak tali ini boleh dilepaskan.
AZAHSULAMNCARAFT
 Nah tengok bahagian dalamnya semua boleh dimasukkan sekali gus..Kocek2 untuk mengasing peralatan baby.
AZAHSULAMNCARAFT
 Biasanya saya akan memotong saiz yang dikehendaki mengikut panjang kain jeans.
AZAHSULAMNCARAFT
Nie lakaran depan bag saya sediakan kerana untuk mendapat tone warna       yang dikehendaki. Lepas tue baru la potong kain tersebut mengikut saiz yang dikehendaki. Cam kat bawah nie. Tapak basi 1/4 juga memainkan peranan untuk mencantumkan kain2 yang telah dipotong.
AZAHSULAMNCARAFT
OK.. Selamat bercuti sempena Tahun Baru Cina.. Heehe cuti nie nak jahit lagi ke.. atau terus bercuti :).

1 comment: