Sunday, March 17, 2013

Flat Lock Technique

AZAHSULAMNCRAFT
Hampir 2 tahun mesin jahit tepi "My Lock 744D" aku beli dan sekadar hanya digunakan untuk menjahit tepi kain aje.. 2 minggu lepas aku menghadiri kelas latihan cara-cara mengendalikan mesin nie.. dan kegunaan tapak tambahan seperti "tapak binding",tapak jahit manik dan lain-lain lagi.
AZAHSULAMNCRAFT
Aku juga belajar beberapa teknik menjahit menggunakan mesin jahit tepi yang pelbagai guna nie..seperti Jahit menggunakan 4 benang 2 jarum, Jahit Kedut, Jahit Roll Hem, Flat Lock. Contoh seperti "Cosmetic Pouch" gambar diatas.
AZAHSULAMNCRAFT
Flat Lock adalah satu teknik mencantumkan kain dengan mengubah "tension" benang  dan menggunakan jarum kiri.. dulu x tahu apa guna jarum kiri dan kanan. Selepas jahit perlu tarik untuk menetapkan dua cantuman tersebut. Tengok bahagian dalam juga tercantum dengan kemas dan tiada lebihan cantuman.
AZAHSULAMNCRAFT
Keseluruhan bag nie aku gunakan teknik Flat lock.. kecuali untuk mencantumkan zip dan binding sekeliling zip baru jahit menggunakan mesin jahit. Yup dapat disiapkan dalam masa yang singkat... lepas nie lebihan kain perca tak akan terbuang teknik nie boleh menghasilkan satu corak patchwork yang menarik.

No comments:

Post a Comment