Hari selasa aku dapat panggilan dai FIFY pusat epal pelawa aku menjual hasil kerjatanganku dimasjid kg melayu. Apa aku nak jual ek.. Biasanya aku hanya ambil tempahan baru buat kerjatanganku. Maklum la masa kerja yang panjang cuma sabtu dan ahad aje aku free nak buat hasilkerja tangan ku.
Hah nie ade sikit sepitrambut aku prepare nak jual kat pasar karat jb. tapi kwn aku x hubungi ku.. so blh la aku jual nnt. Terjual gak satu masa nie. Permulaan yang bagus alhamdullilah.

Ini coin purse frame buatan tangan dari kawan baik aku. masih dalam simpanan. Kalau ade sesiapa berminat. leh contact email aku. Harga RM40.00 tidak termasuk pos. Dibuat dari japanese cotton.
Coin purse nie aku buat hari khamis , hari jumaat baru siap. Bahan dari american cotton , ade batting dan free quilting. harga Rm30.00 ( tak termasuk pos). contact saya:)..
Frame Handbag hasil kerja tangan kawan aku RM100.00(tidak termasuk pos) dan tali kulit. bahan japanese cotton with bathing.
Yang nie hasil kejatangan aku terjual masa tue. Purple dot american cotton. Free love quilting dan bathing.
KREATIVITI DAN IMAGINASI PERLU KESABARAN http://sulamncraft.blogspot.com/
Waktu Sekarang diMalaysia
Sunday, March 27, 2011
Saturday, March 26, 2011
Pertandingan Hello Kitty
Pertandingan kali ke2 aku sertai Pertandingan Hello Kitty dengan tajuk"Back To School"
Syarat pertandingan mestilah beli set Hello Kitty Fabrik dengan harga RM99.00 .Seminggu aku ambil masa untuk menyiapkan beg tersebut. Hehehe bengkak mata gie keje tue..

Post awal aku memang tak sempat nak ambil gambar beg tue. Tapi ade member baik sunflower ambilkan gambar beg aku masa kat pusat Epal. Boleh la kawan-kawan nilai sendiri hasil kerja tangan aku... Alhamdullilah aku menang pertandingan tersebut.Berbaloi ngan masa yang sangat terhad .. aku korban kan. Hasil kerja tangan aku beg yang no2 tue.
Ucapan tahniah dari madam Fully Chye.Dan sedikit komen daripada juri.
Hadiahnya nie yang aku suka tak terkata .. Baucer RM500 berbelanja di Epal.. dan 1 set Bahan Hello Kitty Fabrik. Nie aku nak buat beg laptop aku . Mari tengok ape aku shopping ngan RM 500 di Epal.
Slash Cutter RM79.00 .Untuk memotong ruang-ruang yang kecil.
Kain Gam untuk buat APPLIQUE. lepas nie x lah kedut lagi applique aku .RM29.00

1. Anda kreatif mencipta kuilting poket yang berwajah Kitty.
2. Anda bijak membahagi ruang dibahagian dalam beg .
3. Bahagian tepi zip beg berlubang dan jahitan sembat tidak kemas. Nie kelemahan aku dari dulu aku masih x dapat menjahit sembat dengan kemas. Trainer epal selalu komplen.
4.Penggunaan zip yang kecil adalah tidak sesuai.
5.Tali beg galas tidak sesuai . Ianya terlalu besar dari tali pelaras. Perasan bila beg dah siap.
6.Kegunaan produk sebagai beg galas mempunyai peluang pasaran yang baik.
Ya aku akan cuba perbaiki kelemahan nie terutama sembat tangan.
Saturday, March 19, 2011
Patchwork and Quilt


Tuesday, March 8, 2011
Patchwork and Quilt

Dan nie tempahan dari kawan baik aku alang. Kain nie agak licin sikit ... Kena hati-hati semasa memotong. Nasib ade cutter senang sikit keje memotong kain mengikut saiz 4.5inx4.5in dan 4.0inx4.0in sebanyak 680 keping. Gambar agak kabur coz x smpt nak ambil guna camera. Alang send by hp dia. Rotary cutter yang aku maksudkan gambar tengah. Yang bawah tue kalau nak buat potongan bulatan. Aku dah beli alat nie tapi belum gunakan untuk projek aku.. Tunggu projek akan datang ..

Gunakan konsep yang sama aku masukan kekabu dalam setiap kotak-kotak patchwork nie.. tapi kecik sikit saiznya. Jadilah cover lazy chair untuk ayah aku. Tak la sakit belakang dia sambil berangan -angan berayun dikerusinya.
Subscribe to:
Posts (Atom)