Sunday, May 19, 2013

Goodies Perkahwinan Part 2

AZAHSULAMNCRAFT
Salam sejahtera semua.. masih lagi menyiapkan goodies perkahwinan adik. Kali ini mencantumkan zip pada kain luar dan dalam.
AZAHSULAMNCRAFT
 Inilah hasil pencantuman zip untuk applique yang telah aku sulam tempohari. 
AZAHSULAMNCRAFT
 Jumlah keseluruhannya 100 keping baru siap semalam.. mungkinkah ini yang terakhir aku menbuat bentuk bulat nie.. menguji kesabaran betul untuk menjahitnya.
AZAHSULAMNCRAFT
Dan tapak zip ini memang banyak membantu kerana boleh diubah kiri dan kanan. Hanya ubah skru dibelakangnya.
Aku harap boleh menyiapkan semuanya sebelum june ini.. 
Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya.. Selamat menyambut bulan rejab yang penuh berkat nie.. 

Wednesday, May 1, 2013

Goodies Untuk Perkahwinan Part 1

AZAHSULAMNCRAFT
 Asslammualaikum semua.. Selamat Hari Pekerja.. Pagi-pagi lagi aku dah mengadap mesin jahit.. Tengok semua applique yang aku sulam sebagai hadiah untuk perkahwinan adik pada bulan Nov.nanti.Masih lagi menggunakan lebihan jean dan felt. Kasut but nie boleh kasi kat kawan-kawan lelaki adik.
AZAHSULAMNCRAFT
 Mungkin si bee dan owl nie juga boleh kasi kat kawan lelaki,coz yang kahwin nie pun adik lelaki.. susah jugak nak cari pattern applique untuk disulam.
AZAHSULAMNCRAFT
 Hehehe.. nie sibunga dan kupu-kupu boleh lah kasi kat kawan perempuan.. 
AZAHSULAMNCRAFT
 Yang juicy nie nak kasi kat sapa pulak?.. Felt nie dah lama beli kat setahun,, mula-mula nak jahit tangan fikir jumlahnya 100 keping jenuh gak nak jahit tangan.. Akhirnya sulam aje.. nie pun dah amik masa 3 minggu.
AZAHSULAMNCRAFT
 Nasib ada rotary cutter banyak membantu. bahagian dalam semuanya 200 keping sudah siap dipotong.
AZAHSULAMNCRAFT
 Nie pulak bahagian depan applique dan bahagian belakang.. kira berkesan lah jari dok memusing rotary cutter nie.
AZAHSULAMNCRAFT
Cuba teka.. ini apa ada 100 keping.. nie semua jahit tangan.. Ok kita sambung part 2 apakah goodies yang aku nak buat nanti..