Sunday, April 29, 2012

Strawberry Lunch Bag

Hari nie sambil tengok mentor 6 aku update la projek yang yang aku dah siapkan. Nie satu lagi tempahan dari yatie lunch bag.Aku pun tak pernah buat lunch bag nie.Sambil blog walking aku dah jumpa satu tutorial yang sangat menarik. Aku cuba tutorial dari ayumills.blogspot.com
Thanks ayumi tutorial yang sangat mudah dan hasil yang amat memuaskan. Aku juga siapkan dua biji strawberry sebagai penghias.
Bahagian dalam aku buatkan kocek untuk meletakkan sudu dan garpu.Semuga yatie rajin2la memasak untuk bawa bekal menggunakan beg yang comel nie. ^-^.

Tote Bag Jeans


Alhamdullilah rezeki tempahan craft dari kawan-kawan sekerja. Inilah permintaan kawan baikku diana yang siap melakar design tote pilihannya seperti dibawah. Aku cuba memenuhi permintaan diana.. walaupun ambil masa sebulan aku nak siapkan ..coz masalah kesihatanku.

 Inilah gambaran tote bag lakaran diana. Kali nie aku gunakan kain jean beli dikedai jahitan berhampiran taman aku. Harga rm18.00 semeter. Aku juga membuat patern quilt yang berbentuk petak2. Masih ingat butang2 yang kak nor kasi tempohari dulu.. aku gunakan untuk menaik seri tote bag nie dengan tiga kuntum bunga.hehe mcm x sama aje ana....


Bahagian dalam beg ada kocek berzip dan kocek biasa. Diana juga meminta zip dibahagian atasnya. Bag dah siap malangnya bag nie x dapat kat diana kerana dah direbut oleh yatie.. Sebagai ganti aku dah buatkan diana bag ganti seperti post aku yang sebelumnya.



Thursday, April 12, 2012

The Cups and Saucers Quilt Tote Bag

Salam sejahtera semua..nampak cam pelikkan nama tote beg nie. Sebenarnya nama tue saya ambil dari nama pattern patchwork untuk saya buat tote bag nie. Disebabkan kain jeans nie saiz dia kecil2 jadi saya terpaksa mempelbagaikan patternnya.Tempahan dari rakan sekerja yang amat meminati denim bag. Thanks diana sanggup menunggu lama untuk mendapatkan bag nie.
 Kerana sanggup menunggu dibahagian dalamnya aku buatkan kocek yang ade butang dan zip sebelahnya.Diana juga meminta zip dibahgian atasnya. Nie yang agak susah aku nak buat. Aku buat jugak tapi x penuh.
Inilah pattern yang dimaksudkan sebelum aku transform dia jadi tote bag. Bag nie juga aku quilt dan ade batting biar nampak tegap sikit. Saiz dia 12X12 x3.5in.OK diana harap suka ngan beg nie...  leh la tempah lagi ya.. Sebenarnya ade citer aku nak beritahu pasal bag nie.. Nnt aku tunjukkan bag yang lagi satu.

Saturday, April 7, 2012

Free Standing Lace Butterfly Tissue Box Cover

Permintaan dari seorang bakal adik ipar meminta buatkan tissue box cover untuk harijadi bakal kakak ipar. Hadiah yang simple aje. Minat kakak ipar pada rama2.. pening gak nak cari design rama2 nie. Aku cuba sulam FSL rama2 nie menggunakan water solube topping. Lepas sulam rendam dalam air sejuk dan keringkan.Nah meriah rama2 berterbangan diatas tissue cover nie.
Dan bahagian tepinya masih lagi menggunakan image rama2. Yang nie sulam aje.
Heheheh.. nama bakal kakak ipar Azati .Aku sulamkan menggunakan font yang ada rama2. Harap azati suka ye..