Thursday, February 16, 2012

Cosmetic Pouch With Piping lining

Cosmetic Pouch with Piping nie aku cuba dari tutorial sewlover.com walaupun dalam bahasa cina aku gagahkan jua untuk mencubanya. Masih menggunakan recycle jeans dimana kali nie aku gunakan dibahagian kaki seluar jeans. Nampak x garisan lipatan seluar jeans tue.. nampak pelik sikit kan.
Kali nie tul2 menguji kesabaran aku kerana batting (lebih buat cadar)yang aku guna agak tebal sikit.Kerasnya susah aku nak quilting ngan jarum sekali patah.Tengok bahagian tepi yang dah x sama saiz. satu tul2 bulat satu lagi kat bawah tue dah jadi lonjong.
Dah tak seimbang kiri dan kanannya. Kenapa jadi tue coz aku tak ikut arahan seperti gambar yang diberikan.Untuk tali pemegang aku guna D ring dan mencuba rivet button yang baru aku beli.
Yang nie dibahagian dalam dek kekerasan batting nie dan jeans.. mesin portable aku dah x larat nak jahit.. dah tak gerak.. Last sekali jahit tangan la nak pasang binding sekeliling bag. Tangan pun dah berapa kali tercucuk jarum nak pakai sarung jari x pandai... Tapi hasilnya bag nie mmg cantik.. Kalau kawan2 nak cuba guna batting biar yang nipis sikit.Jangan tiru cam saya.. hehehe..

Saturday, February 11, 2012

Pelbagai Wallet dan Purse

Dec 2011 aku gie lagi Pesta Buku Popular kat Danga City Mall. Masa tue gie dah kul 8 malam ..orang memang ramai.. Dalam kesuntukkan masa aku gie cari buku craft la.. Dalam belek2 tue aku berkenan ngan buku nie ..Tak ada tajuk dalam English aku agak aje .. Pelbagai Wallet and Purse.
Harga RM 37.00 selepas diskaun. Harga asal RM57.10. Belek2 kat blog craftbuddy heheheh harganya lagi murah.
Tengok gambar Purse dan Walletnya geram .. Cantik2 belaka.. Dalam hati tul ke aku boleh buat nie.
Cuti Tahun Baru Cina aku try satu purse .. Peh seharian membelek dia nya instruction.. Jahit tetas.. jahit tetas tak menjadi. Hanya berpandukan gambar aje.
Tengok tue magnetic button pun jarak dia kedalam. Tak pea pratice make perferct (tiru dialog vanilla coklat). So nie aku punya purse la.

Apa yang menyebabkan aku asyik menetas coz nak sambungkan kocek duit siling tue dibahagian tengah.. Satu lagi piping dia agak besar so bahagian tempat letak kad tue agak kecik sikit. X pea yang kedua nnt aku dah tahu cam mane nak adjust. Apa pun aku berpuas hati seharian menyiapkan purse nie.

Wednesday, February 1, 2012

Tote Bag Jeans

 Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Hampir sebulan aku mendiamkan diri tanpa berita... gara2 nak cantikkan blog tapi  hilang semua sidebar tue.... Malam nie aku godek2 lagi.. Alhamdullilah dah dapat semula. Bulan Dec adik aku minta buatkan tote bag untuk simpan nota2 dan buku2 untuk dibawa kesekolah. Jadi aku reka tote bag dari jeans yang agak besar supaya muat nak masukkan semua.Macam biasa masih mengekalkan mengunakan lebihan jeans, bating. Tali bag aku beli secara online ngan craftybuddy
Bahagian dalam aku buatkan satu lagi tempat simpanan laptop dia.. Yang nie aku try2 aje jahit kocek yang besar.. masih ade error lagi.
Nie kocek blh simpan charger dan tali getah sebelahnya untuk letakkan bekas air yang kecil.

Inilah cebisan jeans yang aku maksudkan... aku gunakan saiz 2.5inX2.5in.
Saiz bag sebenar 14X14X4in.. Besarkan..