Saturday, November 26, 2011

Baby Diaper Bag


Satu lagi baby diaper bag aku hadiahkan untuk adik bagi menyambut kelahiran anaknya yang ke3 .. Saidatus Sofea.

Sekuntum bunga aku letakkan dibahagian tengah beg bagi nampak serinya. Butang nie pemberian dari Kak Nor yang baik hati.

Tengok tue macam-macam saiz dan bentuk butang-butang dari pemberian Kak Nor.. Nanti projek yang akan datang aku akan pelbagaikan butang nie.. Terima kasih Kak Nor. Sebenarnya aku dah siapkan satu hadiah untuk Kak Nor.. nanti aku uploadkan gambarnya.

Nie ada x kawan-kawan yang boleh tolong aku kenapa blog aku nie x boleh nak tengok semua yang aku letakkan dibahagian tepi. Cam kosong aje blog aku nie.. Puas aku cuba-cuba tapi x menjadi.
Nie tengah sedih napelah blog aku jadi cam nie..

Saturday, November 12, 2011

Drawing Book Bag

Sempena hari kanak-kanak sedunia, aku telah menghadiahkan dua beg untuk dua orang anak saudaraku yang sangat gemar melukis. Pantang ada buku yang kosong asyik dia conteng dan buat lukisan. Kanak-kanak biasala dia akan menunjukkkan minat semasa kecil.Dengan menggunakan konsep cara membuat beg sejadah aku applikasikan jadi beg drawing buat mereka.
 Yea satu untuk Mohamad Dinizad dan satu untuk Nur Amirah Husna. Sorang suka barang kecantikan wanita dan sorang suka haiwan. Aku buat applique untuk kedua2 beg nie.
Dalamnya ada kocek besar tempat menyimpan buku drawing dan sebelahnya tempat menyimpan pencil colour dan alat tulis yang lain.
Lepas nie boleh la mereka melukis pada buku drawing yang aku telah sediakan sekali dalam beg nie... selamat melukis ya mira dan dinie.. nnt kasi mak teh tengok.. ^-^.