Sunday, October 30, 2011

Scrapper Pot Holder

Tengok 2 ekor ayam betina nie.. Hehe kejap lagi bertenggek didapur ku. Yea srapper pot holder nie aku buat bagi menggantikan pot holder aku yang dah buruk..segan nak tunjukkan....
 Pattern nie aku pernah buat untuk mak aku punya pot holder.Boleh tengok pada tajuk pot holder aku yang lepas. Tambahkan dengan bunga Yoyo untuk meletakkan penyakutnya.
 Lebihan kain jeans yang aku gunakan untuk membuat pot holder. Tinggal saiz dalam 2~3 in. Aku sayang nak buang gitu saja coz jeans nie dari kualiti yang bagus dan baru, so aku terus mempelbagaikan kegunaannya.


Lebihan 'bating'. Aku jahit zig-zag untuk mencantumkan jadi sekeping untuk saiz pot holder nie. Bating nie mahal semeter rm27.. heheheh mesti pandai gunakan supaya tidak membazir.
Bahagian belakang pot holder.. So kalau ade kesempatan boleh la cuba pattern nie <_>

Saturday, October 22, 2011

Tissue Box Cover

 Pertama kali aku dapat tempahan dari office mate lelaki. Susah gak ape aku nak sulam kat kotak tissue nie. Coz masih lagi bulan hallowen aku letak gambar seperti diatas..takut x..
 Bahagian atas aku buat applique. Sebenarnya nie applique frame aku kecilkan sikit saiz dia jadilah tempat tisu keluar..
Dan sebelah lagi dia suruh sulam "Anak Ugik", aku sendiri pun tak tahu ape maknanya. Hehehe dia kata nape ada katak.. sajer kan nampak comel.. Frogfont nie aku dowload dari cute alphabbet.Recycle jeans nie memang banyak boleh kita pelbagaikan untuk buat craft.

Patchwork Sling Bag

 Masih menggunakan konsep yang sama masa aku buat flying wheel tote bag..ingat lagikan..kali nie aku hanya ubah pattern aje. Permintaan dari adik ipar nak buat bag selipang...Aku masih menggunakan recycle jean.
Bahagian belakang bag. Cuba letak piping keliling bag dan bathing. Keras juga nak quilting coz kain jeans agak tebal. Lambat aje mesin aku nak gerak.. so sape nak quilting kalu menggunakan bathing berhati2 mau jarum patah.
Tali bag juga boleh diubah suai dan berzip.Bag nie nampak solid coz ada bathing dan piping sekelilingnya. Bag yang tahan lasak ^-^..

Sunday, October 16, 2011

Bag Sejadah 2 in1

Tempahan dari kawan adik beg sejadah 2 in 1. Satu nak warna pink.Warna biru tue aku matchkan dengan kain biru yang masih ada dalam simpanan aku.
 Sejadah cotton nie pun susah nak cari dan pilihan warna hanya empat colour saja yang aku jumpa, merah, kuning, biru dan hijau. Puas aku melilau kat bazar bus stand Larkin cari sejadah cotton nie. Coz sejadah yang lain tue tebal dan susah nak jahit.
Kalau dah bentangkan jadilah sejadah dan beg nie boleh dibawa kemana-mana dengan telekung sekali.

Saturday, October 1, 2011

Flying Geese Bag Pack

Satu lagi pattern patchwork iaitu "Flying geese"aku try untuk membuat beg pack. Saiznya agak kecil 12"X14". Muat untuk masukkan baju sepasang. Masih lagi menggunakan recycle jean. Kali nie combine warna coklat dan hitam.
Hehehe...beg nie untuk aku bawa semasa gie team building pada 9 Sept 2011 kat Pulai Desaru. Masih mood raya lagi .. ramai yang menolak coz nak gie rumah terbuka. Aku .. memang suka gie aktiviti yang bergini. Aku juga dilantik sebagai ketua team.Team kami ialah "One Team". 

Persembahan dari group kami .. hehehe tarian lagu dari"Lady Gaga". Aku yang tak pandai menari nie hentam saja la.Siap pakai rambut palsu dari tali rapia.(tali plastik).

Sessi perbincangan untuk membuat aktiviti "outdoor".. Ada gaya cam explore Race. Masa tue hujan kat luar.. basah kuyup gak kami.
Gambar beramai2 sebelum aktiviti dijalankan. Tengok semua "banner" dibuat dari bahan2 recycle. Banner yang besar tue dari kertas surat khabar aje. Walaupun group kami tak menang kalah 2 game.. tapi kami enjoy..