Saturday, August 27, 2011

Selamat Hariraya Aidil Fitri

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan "Selamat Hariraya AidilFitri untuk rakan2 crafter muslimin dan muslimat amnya.

Patchwork Schlep Bag

Kali nie aku try tutorial dari http://www.sentimentalstiches.com./ Beg yang sangat mudah dengan menggunakan teknik 'shortcut' patcwork. Saiznya aku kecilkan sedikit iaitu 6" untuk setiap petak.Masih menggunakan 'recycle jean'. Tengok nielah beg gie keje aku .. dah kocak dah.. So beg schlep la.. penggantinya. Semalam waktu balik kerja ada dua orang officemate puji bag nie .. Cantik .. termasukla engineer aku.. Heehehe senyum ajela kena puji.
Aku cuba ubah suai sikit tengok gambar atas dan bawah tak sama kan..



Aku tambah snap button ditepi bag. Jadi bila butang diketip jadi la seperti bag diatas. Nie kalu dalam bag aku x banyak barang nak disumbat.


Tengok apa barang yang mesti aku bawa dalam beg gie keje aku. Tentulah purse, Handphone, compact powder, lipstick, pantiliner(incase masa shopping ke 'terpriod') kunci rumah ,tissue dan payung.
Ngam2 penuh bag nie. So rakan crafter boleh cuba tutorial nie. ^-^.

Wednesday, August 17, 2011

Tissue Box Cover


Nie semua projek aku bulan lepas sebelum puasa.. Tissue box cover dihias dengan sulaman nama dan nama tuan punya diri dan tunangnya. Sebelah pulak aku letakkan plak kereta dia. Nie kalau hilang senang nak cari hehehehe. Alpabet nie boleh daily dowload kat cutealphabet embroidery.com. Setiap bulan akan tukar alphabet yang baru.



Mungkin lepas nie aku nak try design yang baru. Asyik sama aje..



Baby Diaper Bag

Assalamualaikum semua...wah dah lama aku x update blog nie.. hari tue try2 nak hias blog x jadi lagi.. ade yang dah hilang pulak.. Masih lagi ade kesempatan untuk aku mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa yang semakin penghujungnya.Semuga kita mendapat ganjaran pahala dariNya. InsyAllah. Nie beg baby diaper hadiah untuk puan zaini. Yang hari tue aku try buat sample dahulu. Kali nie aku try buat zip penuh. Tapi masih lum kemas lagi. Harap2 lepas raya nie mood menjahit ok... leh buat projek2 yang dah tergendala dan tersadai diatas meja jahit aku tue.


Bahagian dalam beg. Permintaan tuan punya diri semua blue black .