Sunday, May 15, 2011

Recyle

Permintaan dari kak zai untuk tempahan tissue cover sebagai hadiah kawannya. Warna hitam pilihannya.

Tissue cover nie nak letak dalam kereta.. so aku sulam sekali nombor keretanya. Corak bunga yang berbeza aku sulam depan dan belakang tissue cover nie.Respond dari kak zai dia berpuas hati ngan hasil kerja tanganku. ^-^.K kak zai nnt kalu ade kawan yang berminat leh tempah lagi:).

Recycle


Corak patchwork kali nie ialah 'nine patch' aplikasikan pada tote beg nie. Kalau ikutkan hati aku ingin sekali aplikasikan corak2 nie pada wall hanging atau cadar. Masa tidak mengizinkan aku berbuat demikian.


Corak 'nine patch ' nie aku gunakan teknik 'short cut' iaitu salah satu teknik dalam patchwork. Ia adalah cara paling cepat untuk menyiapkan pattern.
Beg nie aku nak hadiahkan buat Noor yang baik hati tolong simpankan kain jeans nie.


Bahagian dalam beg. Boleh lah Noor bergaya dengan beg nie :).



Bahagian belakang beg .

Tuesday, May 10, 2011

Recyle

Permintaan dari rakan sekerja tempat lama , tissue cover. Nak warna biru. Coz ramai yang dah order tissue cover nie, guna kain cotton, letak kat dashboard kereta.. warna cepat pudar. Kali nie aku try guna kain jeans , supaya tahan lama sikit. Harap zaini berpuas hati ngan hasil kerja tanganku.Aku sulam untuk mencantikkan cover kotak tissue nie..




Dan nie jugak percubaan pertamaku menggunakan tool snap buttton yang aku beli dari rakan crafter nicky supplier. Suka^-^

Monday, May 2, 2011

Recyle

Aku memang minat sangat dengan kain jean, Kalu boleh nak buat produk semua dari kain jean. Tapi susah nak dapat kain jean yang baru. Tempahan dari kawan untuk letak surat, bill dan sebagainya. Kali nie aku sulam Amazing funnybear alphabet. Daily download dari web nie. Boleh klik sini.


Ini untuk perkataan LETTER



Ini untuk perkataan BILL


Ini kreativiti aku sendiri menggunakan lebihan kaki seluar yang dipotong aku jadikan bunga. Litit aje dan letakkan sedikit UHU gam untuk mengetatkan lilitan. Cantik x? :).


Dan inilah hasilnya.. Moga kakak fazilah berpuas hati. Nanti leh tempah lagi heehhe^-^..

Free Motion Quilt

Sekali lagi tempahan dari kawan adik hand phone case bertemakan warna purple. Tak sempat nak buat bunga dari kain felt. So aku sulam bunga aje. Masih lagi menggunakan cotton bathing dan free quilt motion.

Recyle

Camera case ini tempahan dari cikgu mariana.. Yang lepas aku buat agak kecil sikit.. tak muat nak masukan camera dia.. Sorry yea ...cikgu.. nie anak murid buat salah.. Sebagai ganti aku design buat macam mini handbag.. Harap cikgu suka^-^. Camera case nie aku buat free quilting with cotton batting.

Recycle

Kemana kuah kalau x tumpah ke nasi.. Inilah hasil kerja tangan ibu tercinta.. Bila dia free tak ade ape nak buat.Satu hari baru siap satu alas kaki nie. Ialah nak potomg cebisan2 kain dalam bentuk segi empat. Kreativiti mak dah menurun ke anak.. aku mula berminat nak buat kraft dan menjahit. Kalau dulu mesin jahit yang aku beli jadi perhiasan , guna untuk jahit ade baju tetas,jahit kain batik atau outer seluar jean aku.


Kita layan kombinasi warna alas kaki yang mak aku buat. Kalau suruh aku mungkin lambat sikit coz agak cerewet nak buat nie . Lagi2 bentuk bulat.


Semua nie dah terjual masa aku buat jualan dimasjid kg melayu. Ramai lagi perminat alas kaki nie rupanya. Ingat dah ditelan zaman.:)_