Friday, April 29, 2011

Free Motion Quilt

Minggu yang agak sibuk ,persediaan untuk TS 16949 audit. Tak dapat idea nak jahit ape.. Nie projek aku minggu lepas buat tote beg boleh gak dijadikan baby diaper beg.Sama seperti projek sebelumnya aku guna cotton fiber buat free love quilting.Aku cuba gaya separuh bulatan.



Bahagian dalam boleh letak botol air 500ml, dan kocek berzip.

Bahagian luar snap dengan magnetic button. Berminat boleh buat tempahan ngan email saya :)..











Sunday, April 17, 2011

Tutorial

Pagi nie sambil tengok melody aku try satu toturial dari Noodlehead.com. Boleh link sini. Thanks anna sharing ur toturial. Aku punya taklah kemas cam anna. First trial. Aku tambah sikit letakkan tali pemegang.Bahagian dalam ada tmpt letak card kredit atau ATM Kad.

Tutorial

Inilah hasil seharian hari cuti aku habiskan untuk menyiapkan beg nie. Saiz 13X16in . Boleh digunakan untuk beg laptop.Gunakan kain jean baru. Black cotton handle. Bahagian Belakang
Bahagian dalam ada pembahagi untuk letakkan buku nota.
Pic 1 Cam mane nak buat pin wheels. Aku try nak buat tutorial sikit. Harap dapat membantu kawan2 semua. Cam biasa aku guna lebihan kain jean dapat dr kedai repair seluar. .Dr jean mustang, lee, adwin, lois jean, GA Blue dsb. Pic 2 Coz saiz dia kecil2 aku terpaksa tetas jahitan kaki supaya besar ckit.
Pic 3 Kalau saiz 2.5 in kain mesti potong lebih 1 in jadi 3.5in. Doublekan kain berlainan warna Tanda kan bahagian tengah ,1/4 in kiri dan kanan.
Pic 4 Jahit kiri dan kanan yang bertanda tadi. Doublekan jahitan hujung supaya tidak terbuka jahitan semasa memotong.
Pic 5 Potong bahagian tengah dgn cutter. Pic 6 Ratakan bhagian tengah jahitan supaya senang memotong nanti. Pic 7 Gunakan transparent ruler.dapatkan sudut 45 darjah. Letakkan pada bahagian tengah kain. Potonglah mengikut saiz yang dikehendaki. Setiap bahagian perlu dipotong berpandukan sudut 45 darjah.

Pic 7. Boleh juga gunakan panduan 45 darjah pada cutter matte.
Pic 8. Ta daa..Inilah dia pin wheels.:)yang dah lengkap.

Thursday, April 7, 2011

Free Motion quilt

Malam nie aku malas nak menjahit.. bukak laptop dan update kerja tangan aku dalam blog. Banyak gak kerja tangan aku nie.. hehehe. Tapi duit upahnya gie mana yea. Asyik beli bahan baru aje, dah banyak stok. Tak tahu bila nak start. OK la janji hati puas ngan kerja tangan nie. Aku siapkan hanphone case adik aku. Nak kocek kat dalamnya. Tergeliat tangan nak jahit. Aku letak bathing dan free quilting.Buat applique strawberry atasnya. Bila kawan adik nampak dia pun nak gak. sama gak konsepnya tapi nak letak gambar bear. Bear nie cam sihat aje. X pea dia senyum seperti empunya diri..Masih banyak kekurangan perlu diperbaiki.

Recycle

Minggu yang agak sibuk selain menyiapkan tempahan craft dari customer. Aku sempat menyiapkan pot holder untuk emak aku. Ialah setiap kali kedapur... macam2 kain ade nak angkat periuk. Hehehe.. Kali nie ayam bertenggek kat periuk mak aku.
Lebihan kain jeans banyak lagi.. Aku letak bathing supaya x panas nanti masa angkat periuk.. kalau terlepas naya lak.. mesti kena bebel .Patern nie boleh copy kat link sini. Coz semua tulisan jepun .. aku pun x faham . cuma tengok instruction bergambar dia. Pot holder nie agak besar coz aku nampak 125% mungkin saiz pembesarannya. Aku ikut aje tapi dah siap spt gambar. Untuk yang lain kena kecilkan sikit saiznya.

Recycle

Minggu nie aku sibuk menjahit camera case untuk cikgu mariana. Pilihannya kain jean. So aku letak bathing dengan free quilting.Sulam M for mariana. Menjahit craft yang kecil saiznya agak mencabar. .Berapa kali aku menetas coz asyik terlepas aje jahitannya. Ini la hasilnya,.. Harap-harap mariana berpuas hati:).

Order ke2 mariana ialah case untuk menyimpan GPRS dia. sama gak pilihan kain jean dan bathing free love quilting. Ini aku cam terbuat panjang sikit saiz dia. Tak tahu ngam tak. Kalu x kena la repair sikit.Sulam nama Ana . Aku tambah applique bunga guna kain felt.